INFAQ TAJAAN MAJLIS QURAN

INFAQ TAJAAN MAJLIS QURAN


Assalamualaikum Sahabat Majlis Quran semua.

Alhamdulillah, pertama sekali kami daripada team pengurusan TFT mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kebersamaan tuan/puan sepanjang Majlis Quran berlangsung sejak 14 Jun 2021 sehingga sekarang.

Tempoh bersiaran kita hampir 1 Tahun 8 Bulan dan semakin hampir ke penghujungnya bagi musim yang pertama untuk khatam 604 muka surat. Untuk makluman semua, kita telah menelusuri secara konsisten di Majlis Quran sebanyak 552 episod.

Sukacita kami kongsikan kepada semua sahabat Majlis Al-Quran, followers yang aktif di FB TFT sudah mencecah 32.3K. Kita berjaya menyebarluaskan program ini sehingga mendapat 66.54K capaian audien serta 112K respon interaksi bersama tuan/puan yang sentiasa memberikan maklum balas positif.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan pautan lokasi kita juga mendapat sambutan dan melangkaui sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Kemboja dan Filipina. Kita sama-sama doakan agar TFT terus mendapat perhatian di seluruh pelusuk dunia.

Menariknya, sebelum ini program Majlis Quran pernah ditaja oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia dan Yayasan Maghfirah. Satu penghargaan buat kami kerana menyokong usaha dakwah kami untuk menyampaikan mesej-mesej dari Al-Quran supaya kita semua sentiasa Baca, Faham, Amal dan Kongsi kalamullah. Sudah pasti usaha murni ini akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, kami membuka ruang dan peluang kepada semua sahabat Majlis Quran untuk bersama-sama kami dalam INFAQ TAJAAN MAJLIS QURAN. Ini adalah salah satu kesinambungan Majlis Quran yang sedang berlangsung dan pihak kami di TFT ingin meneruskan lagi pada musim seterusnya dengan versi TERBARU dan lebih INTERAKTIF.

Kami mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada semua sahabat Majlis Quran supaya kita dapat Istiqomah TILAWAH dan TADABBUR Al-Quran setiap hari dengan 1 hari 1 halaman.

JOM INFAQ, MAJLIS QURAN.

Penawar Hati, Motivasi Pagi.

ISTIMEWA buat semua sahabat Al-Quran. Kami jemput tuan/puan untuk bersama dalam keluarga besar TFT. Boleh join group whatsapp. Klik link di bawah ya :-


https://chat.whatsapp.com/HsRdz4y2UJADl98bhqgtbT


TFT TV

TAQWA FAMILY TOGETHER


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
INFAQ TAJAAN MAJLIS QURAN
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN